Friday, October 29, 2010

Bila kita kena baca isti’azah dengan Jahr (kuat)?

Lazimnya kita akan baca isti’azah setiap kali kita hendak mulakan bacaan Al-Qur’an. Samada ketika dalam solat atau diluar solat. Membaca isti’azah sebelum membaca Al-Qur’an adalah sangat dituntut sebagaimana firman Allah dalam surah al-Nahl ayat 98,yang bermaksud :-

“Maka, apabila Engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah Engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan Yang kena rejam.”
Ada juga sebahagian ulama’ yang mengatakan bahawa bacaan isti’azah sebelum membaca Al-Qur’an adalah wajib.
Tetapi sering kali kita dengar orang membaca isti’azah dengan jahr (kuat) pada setiap keaadan. Sebenarnya, terdapat beberapa keadaan yang tertentu yang kita diharuskan untuk membaca isti’azah dengan jahr dan sirr (perlahan).
Kita diharuskan untuk membaca isti’azah dan basmalah dengan sirr (perlahan) ketika kita membaca ayat-ayat al-Qur’an dengan sirr (perlahan), dan membaca dengan jahr (kuat) ketika kita membaca al-Qur’an dengan jahr (kuat). Walaupunpun begitu, terdapat beberapa keadaan yang kita diharuskan untuk membaca isti’azah dengan sirr (perlahan), iaitu:-
1.       Ketika dalam solat
2.       Ketika kita membaca al-Qur’an secara berjemaah (seperti dalam majlis tadarus al-Qur’an), dan kita bukanlah orang yang pertama membaca al-Qur’an.

Adapun, bagi bacaan basmalah dalam solat, terdapat khilaf dikalangan ulama’ fiqh dalam menentukan bacaan pada basmalah, sama ada dibaca dengan jahr (kuat) atau sirr (perlahan). Imam qurra’ sepakat berpendapat bahawa bacaan basmalah adalah sirr (perlahan), melainkan ketika di permulaan surah.
Terdapat beberapa hikmah kita diharuskan membaca isti’azah dan basmalah dengan jahr (kuat) pada keadaan yang telah dijelaskan tadi. Antaranya ialah:-
1.       Menunjukan bahawa ia merupakan pembuka bacaan Al-Qur’an
2.       Menghadirkan hati pembaca dan pendengar.
3.       Menjauhkan diri kita dari bisikan yang buruk.

Wallahua’lam.