Tuesday, October 1, 2013

Kesilapan yang paling kerap berlaku dalam pembacaan al-Qur'an.

Sepertimana yang pernah saya kongsikan dalam post sebelum ni, kesalahan pembacan dalam al-Qur'an ada dua jenis, kesalahan jali (nyata), dan kesalahan khofi (tersembunyi).

Kesalahan yang nyata ini, wajib kita baiki jika ianya terdapat dalam pembacaan kita, kerana sekiranya kita tidak membaiki bacaan tersebut, di khuatiri akan mengubah makna ayat al-qur'an. Apabila berubah makna ayat al-Qur'an, maka kita akan mendapat dosa. Oleh itu, sama-samalah kita cuba perbaiki bacaan kita. Bagi meyakinkan bacaan yang kita baca, bacalah dihadapan guru atau ustaz atau syiekh yang kita yakin baik bacaannya.

Antara kebiasaan kesilapan jali dalam bacaan yang paling kerap berlaku ialah,

1. Tidak membariskan huruf akhir ketika bacaan ayat pertama bersambung dengan ayat yang ke dua atau ayat kedua bersambung dengan ayat yang ketiga dan seterusnya.

Kebiasaannya orang akan membaca kesalahan ini ketika ingin membaca al-Qur'an dengan bacaan yang cepat tanpa menyedari kesalahan yang sedang dibaca. Atau ketika ingin bersegera dalam solat. tidak salah untuk membaca al-Qur'an dengan laju, asalkan bacaan tersebut menepati hak-hak huruf yang ada dalam Qur'an.

Sebagai contoh;

bacaan dalam surah al-fatihah, selepas dia membaca ayat yang kedua, disambungkan bacaan dengan ayat yang ketiga tanpa menarik nafas,

dia meninggalkan baris fathah (atas) yang ada pada huruf nun pada kalimah al-'aalamin pada ayat yang kedua dengan mensukunkannya, dan terus membaca kalimah ar-Rahman tanpa menarik nafas.

sepatutnya, kita hendaklah membaca dengan membariskan nun tersebut jika kita ingin menyambung bacaan antara satu ayat dengan ayat yang lain. contohnya "alhamdulillahi robbil 'aalamiina rrahmaanirrahiim".

atau, jika kita berniat untuk berhenti antara satu ayat dengan ayat yang lain, sebaiknya berhenti antara ayat tersebut dengan sempurna dengan berhenti sekurang-kurangnya dua harakat beserta dengan menarik nafas yang baru.

contohnya "alhamdulillahi robbil 'aalamiin (berhenti seketika dengan kadar 2 harakat, kemudian sambung ayat ketiga..) Arrahmaani rrahiim".


2. bacaan pada huruf zho

suka saya untuk mengingatkan bahawa makhraj yang terdapat pada huruf zho  adalah sama seperti makhraj pada huruf tha,dan zal. maksudnya, tha, zal dan zho adalah sama makhraj. ketiga-tiga huruf ini akan terkeluar sedikit hujung lidah dari gigi hadapan ketika menyebutnya. cuma yang membezakan antara ketiga-tiga huruf ini ialah sifat yang ada pada setiap huruf adalah berbeza. contohnya, sifat huruf zho adalah isti'la' (meninggi) dan tafkhim(tebal) manakala sifat pada huruf zal istifal (merendah) dan tarqiq (menipis).


wallahua'lam..

p/s: mohon maaf tak dapat memberikan contoh dalam tulisan arab kerana software laptop ada masalah sikit.


Contoh Bacaan Qiraat Yang Terdapat Dalam Ayat Kursi