Sepertimana yang pernah saya kongsikan dalam post sebelum ni, kesalahan pembacan dalam al-Qur'an ada dua jenis, kesalahan jali (nyata), dan kesalahan khofi (tersembunyi).
Kesalahan yang nyata ini, wajib kita baiki jika ianya terdapat dalam pembacaan kita, kerana sekiranya kita tidak membaiki bacaan tersebut, di khuatiri akan mengubah makna ayat al-qur'an. Apabila berubah makna ayat al-Qur'an, maka kita akan mendapat dosa. Oleh itu, sama-samalah kita cuba perbaiki bacaan kita. Bagi meyakinkan bacaan yang kita baca, bacalah dihadapan guru atau ustaz atau syiekh yang kita yakin baik bacaannya.
Antara kebiasaan kesilapan jali dalam bacaan yang paling kerap berlaku ialah,
1. Tidak membariskan huruf akhir ketika bacaan ayat pertama bersambung dengan ayat yang ke dua atau ayat kedua bersambung dengan ayat yang ketiga dan seterusnya.
Kebiasaannya orang akan membaca kesalahan ini ketika ingin membaca al-Qur'an dengan bacaan yang cepat tanpa menyedari kesalahan yang sedang dibaca. Atau ketika ingin bersegera dalam solat. tidak salah untuk membaca al-Qur'an dengan laju, asalkan bacaan tersebut menepati hak-hak huruf yang ada dalam Qur'an.
Sebagai contoh;
bacaan dalam surah al-fatihah, selepas dia membaca ayat yang kedua, disambungkan bacaan dengan ayat yang ketiga tanpa menarik nafas,
dia meninggalkan baris fathah (atas) yang ada pada huruf nun pada kalimah al-'aalamin pada ayat yang kedua dengan mensukunkannya, dan terus membaca kalimah ar-Rahman tanpa menarik nafas.
sepatutnya, kita hendaklah membaca dengan membariskan nun tersebut jika kita ingin menyambung bacaan antara satu ayat dengan ayat yang lain. contohnya "alhamdulillahi robbil 'aalamiina rrahmaanirrahiim".
atau, jika kita berniat untuk berhenti antara satu ayat dengan ayat yang lain, sebaiknya berhenti antara ayat tersebut dengan sempurna dengan berhenti sekurang-kurangnya dua harakat beserta dengan menarik nafas yang baru.
contohnya "alhamdulillahi robbil 'aalamiin (berhenti seketika dengan kadar 2 harakat, kemudian sambung ayat ketiga..) Arrahmaani rrahiim".
2. bacaan pada huruf zho
suka saya untuk mengingatkan bahawa makhraj yang terdapat pada huruf zho adalah sama seperti makhraj pada huruf tha,dan zal. maksudnya, tha, zal dan zho adalah sama makhraj. ketiga-tiga huruf ini akan terkeluar sedikit hujung lidah dari gigi hadapan ketika menyebutnya. cuma yang membezakan antara ketiga-tiga huruf ini ialah sifat yang ada pada setiap huruf adalah berbeza. contohnya, sifat huruf zho adalah isti'la' (meninggi) dan tafkhim(tebal) manakala sifat pada huruf zal istifal (merendah) dan tarqiq (menipis).
wallahua'lam..
p/s: mohon maaf tak dapat memberikan contoh dalam tulisan arab kerana software laptop ada masalah sikit.
Tuesday, October 1, 2013
Tuesday, June 12, 2012
Monday, February 6, 2012
CARA BACAAN IMAM QIRAAT 7 DALAM SURAH AL-IKHLAS
BERIKUT MERUPAKAN CARA BACAAN IMAM QIRAAT 7 DALAM
SURAH AL-IKHLAS...
Nama Imam
|
Riwayat
|
Ayat
|
Kalimah
|
Cara Bacaan
|
Nafi’ al-Madani
|
Qalun
|
Memisahkan bacaan
antara 2 surah dengan basmalah
|
||
Warsy
|
Ø Memisahkan bacaan antara 2 surah dengan basmalah,
Ø Membaca dengan saktah tanpa basmalah,
Ø Menyambung bacaan antara 2 surah tanpa basmalah
|
|||
Warsy
|
Mendhommahkan bacaan
huruf fa, dan selepasnya terdapat hamzah bertanwin yang berbaris fathah serta
menaqalkan (memindahkn) baris hamzah أحد) ) kepada huruf yang mati sebelumnya, kemudian menghazafkan bacaan huruf
hamzah tersebut.
( كُفُؤًا أَحَدٌ)
|
|||
Qalun
|
Mendhommahkan bacaan
huruf fa, dan selepasnya terdapat hamzah
bertanwin yang berbaris fathah serta mentahqiqkan (menjelaskan) bacaan
hamzah (أحد) tanpa saktah pada huruf sukun(mati)
sebelumnya.
كُفُؤًا
أَحَدٌ))
|
|||
Ibn Kathir al-Makki
|
Al-bazi &
Al-Qunbul
|
Memisahkan bacaan
antara 2 surah dengan basmalah
|
||
Al-bazi &
Al-Qunbul
|
Mendhommahkan bacaan
huruf fa, dan selepasnya terdapat hamzah
bertanwin yang berbaris fathah serta mentahqiqkan (menjelaskan) bacaan
hamzah (أحد) tanpa saktah pada huruf sukun(mati)
sebelumnya.
كُفُؤًا
أَحَدٌ))
|
|||
Abu ‘amru bin al-‘ala’
|
Al-Duuri & Al-Suusi
|
Ø Memisahkan bacaan antara 2 surah dengan basmalah,
Ø Membaca dengan saktah tanpa basmalah,
Ø Menyambung bacaan antara 2 surah tanpa basmalah
|
||
Al-Duuri & Al-Suusi
|
Mendhommahkan bacaan
huruf fa, dan selepasnya terdapat hamzah bertanwin yang berbaris fathah serta
mentahqiqkan (menjelaskan) bacaan hamzah
(أحد) tanpa saktah pada huruf sukun(mati)
sebelumnya.
كُفُؤًا
أَحَدٌ))
|
|||
Ibn ‘aamir al-Dimasyqi
|
Hisyam & Ibn
Zakwan

‘Asim al-Kufi
|
Syu’bah & Hafs
|
Memisahkan bacaan
antara 2 surah dengan basmalah,
|
||
Hafs
|
Mendhommahkan bacaan
huruf fa, dan selepasnya terdapat waw bertanwin yang berbaris fathah serta
mentahqiqkan (menjelaskan) bacaan hamzah
(أحد) tanpa saktah pada huruf sukun(mati)
sebelumnya.
كُفُوًا أَحَدٌ
|
|||
Syu’bah
|
Mendhommahkan bacaan
huruf fa, dan selepasnya terdapat hamzah (bertanwin) yang berbaris fathah
serta mentahqiqkan (menjelaskan) bacaan hamzah (أحد) tanpa saktah pada huruf sukun(mati)
sebelumnya.
كُفُؤًا
أَحَدٌ
|
|||
Hamzah al-Kufi
|
Khollaf & Khollad
|
Menyambung bacaan
antara 2 surah tanpa basmalah
|
||
Khollaf
|
Mensukunkan
(mematikan) bacaan huruf fa dan selepasnya terdapat hamzah bertanwin yang
berbaris fathah serta mentahqiqkn (menjelaskan) bacaan hamzah bersama saktah
pada huruf yang sukun sebelumnya
( كُفْؤًا أَحَدٌ)
|
|||
Khollaf & Khollad
|
Mensukunkan
(mematikan) bacaan huruf fa dan selepasnya terdapat hamzah bertanwin yang
berbaris fathah serta mentahqiqkn (menjelaskan) bacaan hamzah tanpa saktah
pada huruf yang sukun sebelumnya
( كُفْؤًا أَحَدٌ)
|
|||
Al-Kisaie al-Kufi
|
Abu Harith &
al-Duuri
|
Memisahkan bacaan
antara 2 surah dengan basmalah
|
||
Abu Harith &
al-Duuri
|
Mendhommahkan bacaan
huruf fa, dan selepasnya terdapat hamzah bertanwin yang berbaris fathah serta
mentahqiqkan (menjelaskan) bacaan hamzah
(أحد) tanpa saktah pada huruf sukun(mati)
sebelumnya.
كُفُؤًا
أَحَدٌ
|
INI ADALAH CONTOH BACAAN QIRAAT DALAM SURAH AL-IKHLAS:-
Monday, January 16, 2012
CARA BACAAN IMAM QIRAAT 7 DALAM SURAH AL-FALAQ
BERIKUT ADALAH CARA BACAAN IMAM QIRAAT 7 DALAM
SURAH AL-FALAQ :-
|
Nama Imam
|
Riwayat
|
Ayat
|
Kalimah
|
Cara Bacaan
|
|
Nafi’ al-Madani
|
Qalun
|
1
|
Menjelaskan bacaan
hamzah tanpa saktah pada sukun sebelumnya
|
|
|
Warsy
|
1
|
Memindahkan (naqal)
baris hamzah pada sukun sebelumnya berserta huruf hamzah dihazafkan
|
||
|
Qalun
|
3
|
Menjelaskan bacaan
hamzah tanpa saktah pada sukun sebelumnya
|
||
|
Warsy
|
3
|
Memindahkan (naqal)
baris hamzah pada sukun sebelumnya berserta huruf hamzah dihazafkan
|
||
|
Qalun
|
5
|
Menjelaskan bacaan
hamzah tanpa saktah pada sukun sebelumnya
|
||
|
Warsy
|
5
|
Memindahkan (naqal)
baris hamzah pada sukun sebelumnya berserta huruf hamzah dihazafkan
|
||
|
Qalun
|
5
|
Memisahkan bacaan
antara dua surah dengan Basmalah
|
||
|
Warsy
|
5
|
· Memisahkan bacaan antara dua surah dengan Basmalah,
· Membaca dengan saktah tanpa basmalah
· Menyambung dua surah tanpa Basmalah
|
||
|
Ibn Kathir al-Makki
|
Al-bazi &
Al-Qunbul
|
Menjelaskan bacaan hamzah tanpa saktah pada sukun sebelumnya
|
||
|
Al-bazi &
Al-Qunbul
|
Menjelaskan bacaan hamzah tanpa saktah pada sukun sebelumnya
|
|||
|
Al-bazi &
Al-Qunbul
|
Menjelaskan bacaan hamzah tanpa saktah pada sukun sebelumnya
|
|||
|
Al-bazi &
Al-Qunbul
|
Memisahkan bacaan
antara dua surah dengan Basmalah
|
|||
|
Abu ‘amru bin al-‘ala’
|
Al-Duuri & Al-Suusi
|
Menjelaskan bacaan hamzah tanpa saktah pada sukun sebelumnya
|
||
|
Al-Duuri & Al-Suusi
|
Menjelaskan bacaan hamzah tanpa saktah pada sukun sebelumnya
|
|||
|
Al-Duuri &
al-Suusi
|
Menjelaskan bacaan hamzah tanpa saktah pada sukun sebelumnya
|
|||
|
Al-Duuri & Al-Suusi
|
·
Memisahkan bacaan antara
dua surah dengan Basmalah,
·
Membaca dengan saktah
tanpa basmalah
·
Menyambung dua surah
tanpa Basmalah
|
|||
|
Ibn ‘aamir al-Dimasyqi
|
Hisyam & Ibn
Zakwan
|
Menjelaskan bacaan
hamzah tanpa saktah pada sukun sebelumnya
|
||
|
Hisyam & Ibn
Zakwan
|
Menjelaskan bacaan
hamzah tanpa saktah pada sukun sebelumnya
|
|||
|
Hisyam & Ibn
Zakwan
|
Menjelaskan bacaan
hamzah tanpa saktah pada sukun sebelumnya
|
|||
|
Hisyam & Ibn
Zakwan
|
· Memisahkan bacaan antara dua surah dengan Basmalah,
· Membaca dengan saktah tanpa basmalah
· Menyambung dua surah tanpa Basmalah
|
|||
|
‘Asim al-Kufi
|
Syu’bah & Hafs
|
Menjelaskan bacaan
hamzah tanpa saktah pada sukun sebelumnya
|
||
|
Syu’bah & Hafs
|
Menjelaskan bacaan
hamzah tanpa saktah pada sukun sebelumnya
|
|||
|
Syu’bah & Hafs
|
Menjelaskan bacaan
hamzah tanpa saktah pada sukun sebelumnya
|
|||
|
Syu’bah & Hafs
|
Memisahkan bacaan
antara dua surah dengan Basmalah
|
|||
|
Hamzah al-Kufi
|
Khollad
|
Menjelaskan bacaan
hamzah tanpa saktah pada sukun sebelumnya
|
||
|
Khollaf
|
· Menjelaskan bacaan hamzah tanpa saktah pada sukun sebelumnya
· Menjelaskan bacaan hamzah beserta saktah pada sukun sebelumnya
|
|||
|
Khollad
|
Menjelaskan bacaan
hamzah tanpa saktah pada sukun sebelumnya
|
|||
|
Khollaf
|
·
Menjelaskan bacaan hamzah
tanpa saktah pada sukun sebelumnya
Menjelaskan bacaan
hamzah beserta saktah pada sukun sebelumnya
|
|||
|
Khollad
|
Menjelaskan bacaan
hamzah tanpa saktah pada sukun sebelumnya
|
|||
|
Khollaf
|
·
Menjelaskan bacaan hamzah
tanpa saktah pada sukun sebelumnya
Menjelaskan bacaan
hamzah beserta saktah pada sukun sebelumnya
|
|||
|
Khollaf & Khollad
|
Menyambung dua surah
tanpa Basmalah
|
|||
|
Al-Kisaie al-Kufi
|
Abu Harith &
al-Duuri
|
Menjelaskan bacaan
hamzah tanpa saktah pada sukun sebelumnya
|
||
|
Abu Harith &
al-Duuri
|
Menjelaskan bacaan
hamzah tanpa saktah pada sukun sebelumnya
|
|||
|
Abu Harith &
al-Duuri
|
Menjelaskan bacaan
hamzah tanpa saktah pada sukun sebelumnya
|
|||
|
Abu Harith &
al-Duuri
|
Memisahkan bacaan
antara dua surah dengan Basmalah
|
Subscribe to:
Posts (Atom)