Para ulama’ berselisih pendapat dalam menentukan maksud tujuh huruf seperti mana yang terdapat dalam hadis yang telah dinyatakan sebelum ini. Imam as-Suyuthi berkata: “Khilaf yang terdapat pada makna hadis (yang menunjukkan tujuh huruf) membawa sehingga 40 pandangan”. Di sini, saya hanya ingin berkongsikan beberapa pandangan yang masyhur.
Pendapat pertama
Imam Fakhruddin al-Razi (wafat pada 606 hijrah) berpendapat bahawa, yang dimaksudkan dengan tujuh huruf itu ialah tujuh wajah yang berbeza. Tujuh wajah itu ialah:-
1. Perbezaan pada kata nama sama ada mufrad atau jama’. Sepertimana firman Allah S.W.T. dalam surah al-Mukminun ayat 8 { NgF»oY»tBL{ Nèd tûï%!$#ur }, ada sebahagian ahli qurra’ yang membaca (لأماناتهم) dengan jama’ dan sebahagian ahli qurra’ membaca (لأمنتهم)dengan mufrad.
2. Perbezaan pada wajah I’rob. Sepertimana firman Allah ta’ala dalam surah al-baqarah ayat 37 { فتلقى ءادم من ربه كلمات } sebahagian ahli qurra’ membaca marfu’ pada kalimah (ءادمُ) dan mansub pada kalimah (كلماتٍ) , dan sebahaqian ahli qurra’ membaca dengan mansub pada kalimah (ءادمِ) dan marfu’ pada kalimah (كلمات).
3. Perbezaan pada tasrif (perubahan sesuatu kalimah). Sepertimana firman Allah ta’ala dalam surah Saba’ ayat 19, {دè»t/ $uZ/رu‘ (#q9$s)sù} , sebahagian qurra’ membaca dengan mansub pada kalimah (رَبُّنَا) dan dengan sighah amar pada kalimah (بَعِدَ), sebahagian yang lain ada yang membaca dengan marfu’ pada kalimah (رَبُّنَا) dan berbaris fathah ‘ain pada kalimah (بَاعَدَ), manakala sebahagian yang lain pula ada yang membaca dengan marfu’ pada kalimah (رَبُّنَا) dan menfathahkan huruf ‘ain dengan bersabdu pada kalimah (بَاعَّدَ).
4. Perbezaan pada yang terdahulu dan yang terkemudian, sama ada pada huruf, sepertimana firman Allah ta’ala dalam surah Yusuf ayat 80, { çm÷YB(استيئسوا $£Jn=sù }, sebahagian qurra’ membaca dengan (استيئسوا), dan sebahagian qurra’ membaca dengan (استأيسوا). Atau pada kalimah sepertimana firman Allah ta’ala dalam surah al-taubah ayat 111, {فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ}, sebahagian qurra’ membaca seperti itu, dan terdapat sebahagian qurra’ yang lain membaca dengan { وَيُقْتَلُونَ فَيَقْتُلُونَ}.
5. Perbezaan pada Ibdal, iaitu perubahan. Sepertiman firman Allah ta’ala dalam surah al-Baqarah ayat 209 {نُنشِزُهَا }, sebahagian qurra’ membaca dengan huruf Zai al-mu’jamah (نُنشِزُهَا ) dan sebahagian qurra’ yang lain membaca dengan huruf Ra’ al-muhmlah (نُنشِزُهَا ).
6. Perbazaan dari segi pemanbahan dan pengurangan, sama ada pada huruf sepertiman firman Allah ta’ala dalam surah al-Taubah ayat 100, {جنت تجرى تحتها الأنهار } , sebahagian qurra’ membaca dengan menghazafkan lafaz (مِن), dan sebahagian qurra’ yang lain membaca dengan mengekalkannya, { جنت تجرى مِن تحتها الأنهار }.
7. Perbezaan pada lahjah (bunyi sebutan), sama ada pada bacaan nipis dan tebal seperti pada huruf lam dalam kalimah(الصلوة), Imam Warsy membaca dengan tebal dan imam selainnya membaca dengan nipis, atau bacaan fathah dan imalah seperti pada kalimah (والضحى),Imam Hamzah, Kisaie, dan Khollaf membaca dengan imalah, Imam Abu ‘Amru membaca dengan taqlil, imam Warsy membaca dengan dua wajah iaitu fathah dan taqlil, manakala bagi imam-imam yang lain membaca dengan fathah, bacaan izhar dan idgham seperti pada kalimah (فيه هدى),imam al-Susi membaca dengan idgham manakala bagi imam-imam yang lain membaca dengan izhar dan lain-lain lagi.
Pendapat ini telah disepakati oleh sebahagian ulama’ yang terdahulu, iaitu Qutaibah dan al-Qadhi Abu al-Thayyib, dan telah berpegang oleh para ulama’ mutaakhirin, seperti Syeikh Muhammad Bukhit al-Muthi’e, Syeikh Muhammad Abdul ‘Azim al-Zarqani, dan lain-lain lagi…
Pendapat kedua
Tujuh bahasa dari bahasa-bahasa Arab yang
membawa makna yang satu, iaitu:-
1 Quraisy
2 Huzail
3 Thaqif
4 Hawazin
5 Kinanah
6 Tamim
7 Yaman
Pendapat Abu hatim
al-Sajastaani
a. Quraisy
b. Huzail
c. Tamim
d. Al-Azad
e. Robi’ah
f. Hawazin
g. Sa’ad Bin Abu Bakr
Pendapat ketiga
Tujuh bahasa dari bahasa-bahasa Arab yang
menunjukkan tempat turun al-Qur’an keatasnya, iaitu:
1 Quraisy
2 Huzail
3 Thaqif
4 Hawazin
5 Kinanah
6 Tamim
7 Yaman
Pendapat keempat
Tujuh wajah, iaitu:-
1 Al-Amr
2 An-nahi
3 Al-wa’d
4 Al-wa’id
5 Al-jidal
6 Al-qasas
7 Al-mithil
Pendapat ke 2
a. Al-Amr
b. An-nahi
c. Halal
d. Haram
e. Muhkam
f. Mutasyaabih
g. Amthal
Pendapat kelima
Wajah-wajah perubahan yang padanya terdapat
ikhtilaf
1 الأسماء
2 وجوه الاعراب
3 تصريف
4 تقديم والتأخير
5 الإبدال
6 الزيادة والنقص
7 اللهجات
Pendapat keenam
Tidak difahami maksudnya
Pendapat ketujuh
Qiraat sab’ah (7 bacaan imam qiraat)
No comments:
Post a Comment