Tuesday, January 11, 2011

Biodata Imam Syatibi r.a

Nama sebenar beliau adalah al-Qasim bin Firruh bin Ahmad bin Khalaf bin Abu Qasim Muhammad al-Syatibiy al-Ru’ainiy al-Andalusiy al-Dhorir dan beliau bermazhab Syafi’ei. Dilahirkan dalam keadaan buta pada akhir tahun 538 hijrah di Andalus (Sepanyol) disebuah perkampungan yang bernama Syatibah (sekarang dalam daerah Barcelona). Di Syatibah beliau mempelajari al-Qur’an dan Qiraat daripada gurunya Abi Abdullah Muhammad bin Abi al-‘As al-Nafari. Kemudian beliau merantau ke Balansiah iaitu satu perkampungan yang berhampiran dengan Syatibah dan berguru dengan Ibn Huzail. Beliau mempelajari ilmu Qiraat dan telah menghafal kitab al-Taisir karangan Imam Abu ‘Amru al-Dani dan juga mempelajari ilmu hadith. Beliau juga telah mempelajari ilmu Qiraat dari Syeikh Abi Tohir al-Salafi di Iskandariah, Mesir. Apabila beliau beliau sampai ke Mesir, beliau telah diberi penghormatan yang tinggi oleh ulama’-ulama’ di Mesir dan sekali gus dilantik sebagai ketua lujnah al-Qur’an oleh raja Mesir pada ketika itu. Imam Abu Syaamah al-Dimasyqiy mencipta sepotong syair yang menggambarkan betapa tingginya penghormatan ulama’-ulama’ Mesir terhadap Imam Syatibiy yang berbunyi:


أيت جماعة فضلاء فازوا * برؤية شيخ مصر الشاطبي وكلهم يعظمه ويثنى * كتعظيم الصحابة للنبي}

Bermaksud: Aku melihat sekumpulan ulama’ yang bergembira dengan munculnya Imam al-Syatibiy, Dan kesemuanya membesar dan memuji beliau seakan-akan para sahabat memuji nabi. Masyarakat Mesir pada ketika itu berlumba-lumba untuk mempelajari al-Qur’an daripadanya. Kebiasaanya beliau memulakan pengajaran selepas solat subuh dan sentiasa mendahulukan murid-muridnya yang datang awal dengan berkata “ sesiapa yang datang awal, hendaklah dia yang baca dulu” .



Pernah berlaku, seorang anak muridnya yang selalu datang awal tidak dibenarkan membaca dahulu tanpa diberitahu sebabnya dan disuruh pula murid yang datang selepasnya membaca dahulu. Berfikirlah anak murid yang selalu datang awal itu seketika tentang perkara tersebut lalu tiba-tiba beliau menyedari bahawa beliau masih dalam keadaan junub. Lalu bergegaslah beliau untuk membersihkan diri (mengangkat hadas besar) dan sekembalinya beliau ke tempat pengajian, didapati murid yang kedua tadi masih belum selesai membaca dan ketika itu jugalah Imam al-Syatibiy serta-merta memberhentikan murid keduanya dan terus berkata “sesiapa yang datang awal, hendaklah dia yang baca dulu”.



Di antara kehebatan beliau ialah dapat mendengar azan yang menunjukkan masuk waktu solat tanpa diazankan. Beliau tidak bercakap kecuali apa yang dirasakan perlu dan hanya hadir mendengar bacaan murid-muridnya dalam keadaan berwuduk. Apabila ditanya tentang hal keadaannya beliau akan hanya menjawab dengan katanya: “sihat” walaupun pernah menderita kesakitan tetapi tidak pernah menzahirkannya. Beliau juga mempunyai keperibadian dan akhlak yang tinggi selain daripada ingatan yang kuat dan akal yang tajam. Tidak memandang dunia dan takut pada hukum Allah. Walaupun beliau bukan bangsa arab, tetapi pengetahuannya dalam bidang ilmu-ilmu Islam serta bahasa arab cukup dalam dan luas. Beliau juga tidak segan silu berpolitik dalam memastikan hukum Allah tertegak di muka bumi ini.



Hirzu al-Amaani wa Wajhu al-Tahaani adalah antara kitab yang dikarangnya yang memuatkan pelbagai nasihat dan saranan kepada pencinta ilmu qiraat didalam bab muqaddimah antaranya,



{ وهذا زمان الصبر من لك بالتي * كقبض على جمر فتنجوا من البلا}



Maksudnya: Zaman ini zaman yang penuh kesabaran dan sesiapa yang berpegang kepada Islam yang sebenar diibaratkan seperti berpegang pada bara api dan mereka ini akan selamat daripada malapetaka. Berkenaan dengan kitab ini, Al-Tobari meriwayatkan, Imam al-Syatibiy pernah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dan Baginda membaca kitab tersebut lalu bersabda “Kitab ini mempunyai keberkatan, barang siapa yang menghafalnya akan dimasukkan ke syurga”.



Beliau meninggal dunia setelah berusia 52 tahun pada hari ahad selepas asar, 28 Jamadil Akhir tahun 590 Hijrah dan dikebumikan pada hari Isnin di atas Jabal Muqattam, Mesir. Begitulah secara ringkasnya sejarah kehidupan Imam al-Syatibiy yang masih ramai tidak mengetahuinya lagi termasuklah pelajar-pelajar dalam bidang qiraat. Imam al-Syatibiy membawa contoh model pendukung ilmu qiraat yang sebenar.



Dalam keadaan beliau yang buta, bukan sahaja hebat dalam bidangnya tetapi sentiasa tegas dalam perkara yang melibatkan hukum Allah. Semoga semua pencinta ilmu qiraat dapat mempersembahkan ilmu ini sepertimana yang dipersembahkan oleh Imam al-Syatibiy bagi mengikis tanggapan bahawa orang qiraat ini hanya tahu membaca al-Qur’an sahaja dan lesu, senyap dan bisu dalam menegakkan kalimah Allah bila balik ke Malaysia nanti . Semoga kekentalan dan semangat tinggi Imam yang pernah bekerja-sama dengan Salahuddin al-Ayubbi ini dapat kita selami dan seterusnya menjadikan ilmu ini sebagai salah satu alternatif dalam mengembalikan masyarakat ke jalan yang benar.


Thursday, December 23, 2010

Perumpamaan bagi pembaca al-qur'an

 وعن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه‏:‏ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ‏:‏ ‏"‏مثل المؤمن الذي يقرأ القرآن مثل: الأترجة‏:‏ ريحها طيب، وطعمها طيب، ومثل المؤمن الذي لا يقرأ القرآن كمثل التمرة‏:‏ لا ريح لها وطعمها حلو، ومثل المنافق الذي يقرأ القرآن كمثل الريحانة‏:‏ ريحها طيب وطعمها مر، ومثل المنافق الذي لايقرأ القرآن كمثل الحنظلة‏:‏ ليس له ريح وطعمها مر‏"‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏‏.‏

Maksudnya:-

Dari Abu Musa Al-Asy’ari r.a katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: Perumpamaan orang mu’min yang suka membaca al-Qur’an ialah seperti buah jeruk utrujah, baunya enak dan rasanya pun enak, dan perumpaan orang mu’min yang tidak suka membaca al-Qur’an ialas seperti buah kurma, tidak ada baunya, tetapi rasanya manis. Adapun perumpamaan orang orang munafiq yang suka membaca al-Qur’an ialah seperti minyak harum, baunya enak sedang rasanya pahit dan perumpaan orang munafiq yang tidak suka membaca al-Qur’an ialah seperti rumput hanzhalah, tidak ada baunya rasanya pun pahit.”
 -Hadith riwayat Bukhari & Muslim- (Muttafaqun ‘alaih)
Sumber : Kitab Riyadhus Solihin. (hadis 993)

Friday, October 29, 2010

Bila kita kena baca isti’azah dengan Jahr (kuat)?

Lazimnya kita akan baca isti’azah setiap kali kita hendak mulakan bacaan Al-Qur’an. Samada ketika dalam solat atau diluar solat. Membaca isti’azah sebelum membaca Al-Qur’an adalah sangat dituntut sebagaimana firman Allah dalam surah al-Nahl ayat 98,yang bermaksud :-

“Maka, apabila Engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah Engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan Yang kena rejam.”
Ada juga sebahagian ulama’ yang mengatakan bahawa bacaan isti’azah sebelum membaca Al-Qur’an adalah wajib.
Tetapi sering kali kita dengar orang membaca isti’azah dengan jahr (kuat) pada setiap keaadan. Sebenarnya, terdapat beberapa keadaan yang tertentu yang kita diharuskan untuk membaca isti’azah dengan jahr dan sirr (perlahan).
Kita diharuskan untuk membaca isti’azah dan basmalah dengan sirr (perlahan) ketika kita membaca ayat-ayat al-Qur’an dengan sirr (perlahan), dan membaca dengan jahr (kuat) ketika kita membaca al-Qur’an dengan jahr (kuat). Walaupunpun begitu, terdapat beberapa keadaan yang kita diharuskan untuk membaca isti’azah dengan sirr (perlahan), iaitu:-
1.       Ketika dalam solat
2.       Ketika kita membaca al-Qur’an secara berjemaah (seperti dalam majlis tadarus al-Qur’an), dan kita bukanlah orang yang pertama membaca al-Qur’an.

Adapun, bagi bacaan basmalah dalam solat, terdapat khilaf dikalangan ulama’ fiqh dalam menentukan bacaan pada basmalah, sama ada dibaca dengan jahr (kuat) atau sirr (perlahan). Imam qurra’ sepakat berpendapat bahawa bacaan basmalah adalah sirr (perlahan), melainkan ketika di permulaan surah.
Terdapat beberapa hikmah kita diharuskan membaca isti’azah dan basmalah dengan jahr (kuat) pada keadaan yang telah dijelaskan tadi. Antaranya ialah:-
1.       Menunjukan bahawa ia merupakan pembuka bacaan Al-Qur’an
2.       Menghadirkan hati pembaca dan pendengar.
3.       Menjauhkan diri kita dari bisikan yang buruk.

Wallahua’lam.

Sunday, June 6, 2010

Apakah yang di maksudkan dengan TUJUH HURUF (sab’ah ahruf)?

Para ulama’ berselisih pendapat dalam menentukan maksud tujuh huruf seperti mana yang terdapat dalam hadis yang telah dinyatakan sebelum ini. Imam as-Suyuthi berkata: “Khilaf yang terdapat pada makna hadis (yang menunjukkan tujuh huruf) membawa sehingga 40 pandangan”. Di sini, saya hanya ingin berkongsikan beberapa pandangan yang masyhur.


Pendapat pertama

Imam Fakhruddin al-Razi (wafat pada 606 hijrah) berpendapat bahawa, yang dimaksudkan dengan tujuh huruf  itu ialah tujuh wajah yang berbeza. Tujuh wajah itu ialah:-

1.       Perbezaan pada kata nama sama ada mufrad atau jama’.  Sepertimana firman Allah S.W.T.  dalam surah al-Mukminun ayat 8 {   NgF»oY»tBL{  Nèd  tûï%!$#ur }, ada sebahagian ahli qurra’ yang membaca (لأماناتهم) dengan jama’ dan sebahagian ahli qurra’ membaca (لأمنتهم)dengan mufrad.

2.      Perbezaan pada wajah I’rob. Sepertimana firman Allah ta’ala dalam surah al-baqarah ayat 37     { فتلقى ءادم من ربه كلمات } sebahagian ahli qurra’ membaca marfu’ pada kalimah (ءادمُ) dan mansub pada kalimah (كلماتٍ) , dan sebahaqian ahli qurra’ membaca dengan mansub pada kalimah (ءادمِ) dan marfu’ pada kalimah  (كلمات).

3.       Perbezaan pada tasrif (perubahan sesuatu kalimah). Sepertimana firman Allah ta’ala dalam surah Saba’ ayat 19, {دè»t/ $uZ­u  (#q9$s)sù} , sebahagian qurra’ membaca dengan mansub pada kalimah (رَبُّنَا) dan dengan sighah amar pada kalimah (بَعِدَ), sebahagian yang lain ada yang membaca dengan marfu’ pada kalimah (رَبُّنَا) dan berbaris fathah ‘ain pada kalimah (بَاعَدَ),  manakala sebahagian yang lain pula ada yang membaca dengan marfu’ pada kalimah (رَبُّنَا) dan menfathahkan huruf ‘ain dengan bersabdu pada kalimah (بَاعَّدَ).

4.       Perbezaan pada yang terdahulu dan yang terkemudian, sama ada pada huruf, sepertimana firman Allah ta’ala dalam surah Yusuf ayat 80, { çm÷YB(استيئسوا $£Jn=sù }, sebahagian qurra’ membaca dengan (استيئسوا), dan sebahagian qurra’ membaca dengan (استأيسوا). Atau pada kalimah sepertimana firman Allah ta’ala dalam surah al-taubah ayat 111, {فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ}, sebahagian qurra’ membaca seperti itu, dan terdapat sebahagian qurra’ yang lain membaca dengan { وَيُقْتَلُونَ فَيَقْتُلُونَ}.
5.       Perbezaan pada Ibdal, iaitu perubahan. Sepertiman firman Allah ta’ala dalam surah al-Baqarah ayat 209 {نُنشِزُهَا }, sebahagian qurra’ membaca dengan huruf Zai al-mu’jamah (نُنشِزُهَا ) dan sebahagian qurra’ yang lain membaca dengan huruf Ra’ al-muhmlah (نُنشِزُهَا ).

6.       Perbazaan dari segi pemanbahan dan pengurangan, sama ada pada huruf sepertiman firman Allah ta’ala dalam surah al-Taubah ayat 100, {جنت تجرى تحتها الأنهار } , sebahagian qurra’ membaca dengan menghazafkan lafaz (مِن), dan sebahagian qurra’ yang lain membaca dengan mengekalkannya, {  جنت تجرى مِن تحتها الأنهار }.
7.       Perbezaan pada lahjah (bunyi sebutan), sama ada pada bacaan nipis dan tebal seperti pada huruf lam dalam kalimah(الصلوة), Imam Warsy membaca dengan tebal dan imam selainnya membaca dengan nipis, atau bacaan fathah dan imalah seperti pada kalimah (والضحى),Imam Hamzah, Kisaie, dan Khollaf membaca dengan imalah, Imam Abu ‘Amru membaca dengan taqlil, imam Warsy membaca dengan dua wajah iaitu fathah dan taqlil, manakala bagi imam-imam yang lain membaca dengan fathah, bacaan  izhar dan idgham seperti pada kalimah (فيه هدى),imam al-Susi membaca dengan idgham manakala bagi imam-imam yang lain membaca dengan izhar dan lain-lain lagi.
Pendapat ini telah disepakati oleh sebahagian ulama’  yang terdahulu, iaitu Qutaibah dan al-Qadhi Abu al-Thayyib, dan telah berpegang oleh para ulama’ mutaakhirin, seperti Syeikh Muhammad Bukhit al-Muthi’e, Syeikh Muhammad Abdul ‘Azim al-Zarqani, dan lain-lain lagi…


Pendapat kedua

 Tujuh bahasa dari bahasa-bahasa Arab yang membawa makna yang satu, iaitu:-
1      Quraisy
2       Huzail
3       Thaqif
4       Hawazin
5       Kinanah
6       Tamim
7       Yaman

Pendapat Abu hatim al-Sajastaani

a.    Quraisy
b.    Huzail
c.    Tamim
d.    Al-Azad
e.    Robi’ah
f.     Hawazin
g.    Sa’ad Bin Abu Bakr

Pendapat ketiga

Tujuh bahasa dari bahasa-bahasa Arab yang menunjukkan tempat turun al-Qur’an keatasnya, iaitu:
1       Quraisy
2       Huzail
3       Thaqif
4       Hawazin
5       Kinanah
6       Tamim
7       Yaman

Pendapat keempat

 Tujuh wajah, iaitu:-
1       Al-Amr
2       An-nahi
3       Al-wa’d
4       Al-wa’id
5       Al-jidal
6       Al-qasas
7       Al-mithil

Pendapat ke 2

a.  Al-Amr
b.  An-nahi
c.  Halal
d.  Haram
e.  Muhkam
f.   Mutasyaabih
g.  Amthal

Pendapat kelima

Wajah-wajah perubahan yang padanya terdapat ikhtilaf
1       الأسماء
2       وجوه الاعراب
3       تصريف
4       تقديم والتأخير
5       الإبدال
6       الزيادة والنقص
7       اللهجات

Pendapat keenam

Tidak difahami maksudnya

Pendapat ketujuh
 Qiraat sab’ah (7 bacaan imam qiraat)

RUMUS IMAM QIRAAT 7

Bagi memudahkan untuk mengingati nama-nama imam qiraat, para ulama' telah membuat satu rumus. Disamping itu, rumus ini dibuat dan disusun untuk memudahkan pembacaan qiraat jama', supaya tida bacaan yang tertinggal.  Secara umumnya, kaedah pembacaan qiraat terbahagi kepada dua; PERTAMA:- secara qiraat mufrad.iaitu membaca al-Qur'an dengan bacaan satu imam sahaja dalam sesuatu bacaan. KEDUA:- secara qiraat jama'. iaitu membaca al-Qur'an dengan bacaan semua imam dalam sesuatu bacaan. Bagi pembacaan al-Qur'an secara qiraat jama', terdapat kaedah tertentu untuk menentukan bacaan yang imam qiraat mana yang perlu didahulukan, dan susunan rumus inilah yang digunakan untuk menentukan bacaan imam mana yang perlu dibaca dahulu dan kemudian. penentuan bacaan mestilah bermula dari ra'sul ayah ( kepala ayat : tanda yang menunjukan bilangan ayat). Untuk lebih memahami kaedah pembacaan qiraat jama' ini, anda mestilah bertalaqqi dengan guru, disamping mengetahui kaedah pembacaan qiraat dengan betul.Berikut merupakan rumus bagi imam qiraat 7:-


NAMA IMAM QIRAAT 7
RUMUS
NAFI’
نافع
أ
QOLUN
قالون
ب
WARSY
ورش
ج

IBN  KATHIR
إبن كثير
د
AL-BAZZI
البزي
ه
QUNBUL
قنبل
ز

ABU ‘AMRU
أبو عمرو
ح
AL-DURI
الدوري
ط
AL-SUSI
السوسي
ي

IBN ‘AMIR
إبن عامر
ك
HISYAM
هشام
ل
IBN ZAKWAN
إبن زكوان
م

‘ASIM
عاصم
ن
SYU’BAH
شعبة
ص
HAFS
حفص
ع

HAMZAH
حمزة
ف
KHOLAF
خلف
ض
KHOLLAD
خلاد
ق

KISAIE
كسائي
ر
ABU HARITH
أبو حريث
س
AL-DURI
الدوري
ت