Hamzah wasal ialah huruf hamzah tambahan yang terdapat pada awal kalimah, dan ianya hanya dibaca ketika di permulaan bacaan { ﭐلحمد لله } dan dihazafkan bacaan (tidak dibaca) ketika wasal (bersambung) { قل ﭐلحمد لله }. Ianya dinamakan hamzah wasal kerana para qurra’ akan membaca dengan menyambungkan bacaan terus kepada huruf yang mati ketika bacaan bersambung (wasal) tanpa melafazkan huruf hamzah wasal tersebut. Simbol hamzah wasal ialah terdapat kepala sod di atas huruf alif ( ﭐ).
Hamzah qoto’ pula ialah huruf hamzah yang kekal samaada ketika wasal ( bersambung) atau bada’ (bermula). Simbol hamzah qoto’ ialah terdapat huruf hamzah diatas alif ( أ ).
Terdapat dua keadaan hamzah wasal.
1. 1. Hamzah wasal yang terdapat pada kata nama ( الأسماء ).
2. 2. Hamzah wasal yang terdapat pada kata perbuatan (فعل ).
1. Hamzah wasal yang terdapat pada kata nama ( الأسماء ).
Keadaan ini terbahagi kepada tiga jenis.
i. Lam ma’rifah atau lam ta’rif
ii. Masdar tanpa lam ma’rifah
iii. Kata nama sima’iyyah mahfuzoh
i. Lam ma’rifah atau lam ta’rif
Apabila hamzah wasal bertemu dengan lam ma’rifah atau lam ta’rif, huruf hamzah wasal tersebut dibaca dengan fathah ketika memulakan bacaan. Dan bacaan hamzah wasal akan dihazafkan ketika bersambungnya bacaan kalimah tersebut dengan kalimah sebelumnya.
Contohnya: ( ﭐلتَّآئِبُونَ ﭐلعَبِدُونَ ﭐلحَمِدُونَ)
ii. Masdar tanpa lam ma’rifah
Ianya terdiri daripada masdar bagi fi’el madhi khumasi (lima huruf) dan sudasi ( enam huruf). Hukum bacaan hamzah ketika memulakan bacaan ialah berbaris di bawah. Hamzah wasal ini dibaca dengan baris bawah juga kerana huruf ketiga berbaris bawah.
Contoh : { ﭐفتِراء ، ﭐختِلاف ، ﭐستِكبارا ، ﭐستِغفارا }
iii. Kata nama sima’iyyah mahfuzoh
Terdapat 7 asma’ sima’iyyah mahfuzoh. Semua kalimah ini apabila dimulakan bacaan dengannya dibaca dengan baris kasrah, dan apabila wasal dengan perkataan sebelumnya, huruf hamzah ini akan dihazafkan. Asma’ kalimah itu ialah…
{ ﭐبن ، ﭐبنة ، ﭐمرؤ ، ﭐثنين ، ﭐثنتين ، ﭐمرأة ، ﭐسم}.
Peringatan :
Pada kalimah الاسم dalam surah al-hujurat ayat 11:(( بِئسَ ﭐلاِسمُ ﭐلفُسُوقُ بَعدَ ﭐلإِيمَان )), Terdapat dua wajah bacaan jika dimulakan bacaan dengan kalimah الاسم.
a. a) أَلِسم (menegekalkan hamzah yang berbaris fathah)
b. b) لِسم (menghazafkan bacaan hamzah wasal)
Bacaan pertama (a) adalah aula( lebih utama).
Huruf lam dikasrahkan adalah kerana untuk meringankan bacaan apabila bertemunya dua huruf yang sukun(mati) dalam satu kalimah.
2. Hamzah wasal yang terdapat pada kata perbuatan (فعل ).
Adapun pada kalimah fi’el, hamzah wasal hanya akan terletak pada fi’el madhi atau amar sahaja. Hamzah wasal tidak akan wujud pada fi’el mudhori’, kerana pada fi’el mudhori’ hanya akan terdapat hamzah qoto’. Hamzah wasal ini juga hanya terdapat pada kalimah fi’el thulasi (tiga huruf), khumasi (lima huruf), dan sudasi (enam huruf). Hamzah wasal ini tidak akan terdapat pada fi’el ruba’e (empat huruf).
Ketika memulakan bacaan, baris hamzah wasal apabila terdapat pada kalimah fi’el, adalah berbaris dhommah atau kasrah. Hamzah wasal akan dibaca dengan kasrah (baris bawah) apabila huruf ketiga berbaris kasrah asli atau fathah. Contohnya : { ﭐهدِنا ، ﭐصبِر ، ﭐنقَلبوا ، ﭐرضَى }. Jika huruf ketiga adalah baris dhommah yang mendatang, ianya tidak di kira, kerana baris untuk hamzah wasal hanya di rujuk kepada huruf ketiga yang berbaris asli bukan baris yang mendatang.
Disini terdapat 5 kalimah yang istimewa. Secara zahirnya kita akan nampak kalimah ini huruf ketiganya adalah berbaris dhommah. Tetapi sebenarnya, pada kalimah asal bagi kalimah-kalimah tersebut adalah berbaris kasrah. Kalimah tersebut ialah { ﭐبنُوا ، ﭐقضُوا ، ﭐمضُوا ، ﭐمشُوا ، ﭐئتُوا}. Bagi lima kalimah ini, tidak dilihat kepada huruf ketiga yang berbaris dhommah, kerana baris dhommah yang terdapat pada huruf tersebut adalah merupakan baris yang mendatang. Oleh itu, kita hendaklah merujuk kepada baris pada kalimah asal. Baris asal pada kalimah tersebut ialah kasrah. Kalimah-kalimah tersebut berasal dari kalimah-kalimah yang berikut :
{ ﭐبنِ ، ﭐقضِ ، ﭐمضِ ، ﭐمشِ ، ﭐئتِ }
Apabila huruf ketiga pada kalimah fi’el berbaris dhommah (depan) yang asli, maka hamzah wasal juga akan berbaris dhommah. Contoh yang terdapat pada fi’el madhi : { ﭐستُحفِظُوا ، ﭐبتُلِي ، ﭐجتُثَّت } . manakala contoh yang terdapat pada fi’el amar pula ialah : { ﭐدع ، ﭐخرجوا، اسجدوا }.
*Sedikit penambahan, ketika memulakan bacaan, apabila hamzah wasal bertemu dengan huruf hamzah, hendaklah dibaca dengan mad badal. Contohnya dalam surah al-ahqaf ayat kedua, apada kalimah ﭐئتُواني , hendaklah dibaca dengan إِيتُواني. Ataupun sebagai contoh lain pada kalimah ﭐؤتُمِنَ, dibaca dengan أُوتُمِنَ, jika kita memulakan bacaaan padanya. Sekiranya kita tidak memulakan bacaan pada kalimah ini, kita hendaklah membaca dengan cara mematikan huruf hamzah dan menghazafkan hamzah wasal tersebut.
Kesimpulan mudah yang dapat ana buat ialah, apabila hamzah wasal bertemu dengan lam ma’rifah ( ال ) hazah wasal hendaklah sentiasa berbaris fathah ketika memulakan bacaan. Contohnya : { ﭐلعَبِدُونَ}. Apabila hamzah wasal bertemu dengan selain dari lam ma’rifah, hendaklah dilihat pada huruf yang ketiga ketika hendak memulakan bacaan berdasarkan cara yang telah dihuraikan di atas. Jika huruf ketiga berbaris fathah atau kasrah yang asli hendaklah dibaca dengan kasrah dan jika huruf ketiga berbaris dhommah yang asli, hendaklah dibaca dengan dhommah.
Kesimpulan mudah yang dapat ana buat ialah, apabila hamzah wasal bertemu dengan lam ma’rifah ( ال ) hazah wasal hendaklah sentiasa berbaris fathah ketika memulakan bacaan. Contohnya : { ﭐلعَبِدُونَ}. Apabila hamzah wasal bertemu dengan selain dari lam ma’rifah, hendaklah dilihat pada huruf yang ketiga ketika hendak memulakan bacaan berdasarkan cara yang telah dihuraikan di atas. Jika huruf ketiga berbaris fathah atau kasrah yang asli hendaklah dibaca dengan kasrah dan jika huruf ketiga berbaris dhommah yang asli, hendaklah dibaca dengan dhommah.
Wallahua’lam…
Sumber rujukan :
1. 1. Al-wadhih ahkam al-tajwid ( oleh : Dr. Muhammad ‘isom Muflih al-qodhoh)
2. 2. Al-munir fi ahkam al-tajwid ( oleh : lujnah tilawah jam’iyyah muhafazah ‘ala al-qur’an al-kareem)
3. 3. Kelas al-Qur’an jam’iyyah muhafazah ‘ala al-qur’an al-kareem, ummu hammath, karak, Jordan.
sy keliru statement yg diatas ni betul ke?.
ReplyDelete"
Ketika memulakan bacaan, baris hamzah wasal apabila terdapat pada kalimah fi’el, adalah berbaris fathah atau kasrah. Hamzah wasal akan dibaca dengan fathah (baris atas) "
maaf.. tersilap tulis... terima kasih atas teguran..
Deletecontoh kata asmaiyyah mahfuzhoh hanya tujuh sahaj ye. syukran.
ReplyDeleteSaya mahu tahu 5 ayat istimewa DLM surah APA ye?
ReplyDeleteSaya jawab kan ye admin..
ReplyDelete5 ayat istimewa ada dlm surah Al Kahfi:21, surah Yunus:71, surah Al- Jathiyah:25, surah Saad: 6
alhamdulillah..terima kasih..
ReplyDeleteKenapa huruf hamzah jawi tunggal tiada simbol - dan +
ReplyDelete