Monday, August 15, 2011

Kesalahan - kesalahan dalam bacaan al-qur'an

a.       KESALAHAN جالي (NYATA)
è Kesalahan mengenai lafaz, sama ada berubah makna atau tidak
è Hukum : haram

1.       Menukar suatu huruf kepada huruf yang lain
Cth: huruf Qaf kepada Kaf pada kalimah ( لِلمُتَّقِينَ )
2.       Mematikan huruf yang berbaris
3.       Membariskan huruf yang mati
4.       Memanjangkan harakat sesuatu huruf
5.       Menghazafkan huruf mad
6.       Meringankan bacaan sabdu pada huruf yang bersabdu
7.       Menambah tasydid di huruf yang tidak bertasydid
8.       Menukarkan sesuatu baris kepada baris yang lain atau mematikannya
Cth: kalimah (  يُوقِنُونَ) apabila disambungkan dengan kalimah (أُوْلَئِكَ  )
9.       Menambah sesuatu huruf
Cth : menambah huruf waw pada kalimah (أُوْلَئِكَ  ) atau huruf alif pada kalimah ( لَكِنَّاْ هُوَ  )
10.   Menghazaf sesuatu huruf
Cth : mengurang huruf Ra’ ketika waqaf ( وَٱلعَصر  )
11.   Meletakkan idgham pada huruf lam disebahagian huruf qamariyah

b.      KESALAHAN خافي (TERSEMBUNYI)
è Kesalahan yang tiada kaitan dengan lafaz bacaan tetapi hanya berkaitan dengan kaedah atau cara bacaan sahaja.
è Hukum : makruh

1.     Tidak dapat membaca sesuatu mad dengan kadar panjang yang betul
Cth: mad wajib Muttasil pada kalimah (سَوَآء )
2.     Tidak membaca sesuatu kadar mad itu dengan cara yang sama
Cth: Mad ‘Aridh lis Sukun yang kadang-kadang dibaca dengan kadar 2 harakat, 4 harakat atau 6 harakat.
3.     Meninggalkan dengung pada hukum – hukum tertentu
Cth: idgham ma’al ghunnah (قَولٌ مَعرُوف ), ikhfa’ (َيُنفِقُون ), dan sebagainya
4.     Membaca ghunnah pada hukum izhar
Cth: (إِن خِفتُم )
5.  Menipiskan huruf-huruf yng perlu dibaca dengan tebal selagimana huruf tersebut tidak bertukar kepada huruf yang lain.
Cth: Huruf kha’ pada kalimah (يُخَدِعُونَ )
6.   Menebalkan huruf-hurufyang perlu dibaca dengan nipis selagimana huruf tersebut tidak bertukar kepada hurf yang lain.
Cth : Huruf Ra’ pada kalimah ( فِرعَونَ)
7.    Tidak menyebut sesuatu huruf dengan makhrajnya yang betul selagimana huruf tersebut tetap tidak bertukar kepada huruf lain.
Cth: Huruf ‘Ain pada kalimah (يَعلَمُونَ  )
8.     Tidak mendatangkan sesuatu huruf itu dengan sebahagian sifatnya selagimana huruf tersebut tidak bertukar kepada huruf yang lain.
Cth: sifat qalqalah huruf qaf pada kalimah (  ٱلفَلَق)
9.       Menambahkan sifat tertentu pada huruf
Cth: sifat qalqalah huruf Dhad pada kaliamah (فَضلِ  )

No comments:

Post a Comment