Thursday, September 8, 2011

Cara bacaan surah al-Fatihah mengikut imam qiraat 7

Berikut merupakan cara bacaan Surah al-Fatihah mengikut imam Qiraat 7 :-




NAMA IMAM
RIWAYAT
AYAT
KALIMAH
CARA BACAAN
Nafi’ al-madani
Qalun dan Warsy
3
·         Mengizharkan bacaan mim yang pertama dengan baris kasrah
·         Menghazafkan bacaan alif pada mim yang ke dua
Qalun dan Warsy
6
Huruf sod dibaca dengan huruf sod
Qalun dan Warsy
7
Huruf sod dibaca dengan huruf sod
Qalun
7
Dibaca dengan silah mim jama’ dengan kadar 2 harakat عَلَيهِمُ,))
Qalun dan Warsy
7
Dibaca dengan tanpa silah mim jama’
Ibnu kathir  al-makki
Al-Bazzi dan Qunbul
3
·         Mengizharkan bacaan mim yang pertama dengan baris kasrah
·         Menghazafkan bacaan alif pada mim yang ke dua
Qunbul
6
Huruf sod dibaca dengan huruf sin
Al-Bazzi
6
Huruf sod dibaca dengan huruf sod
Al-Bazzi
7
Huruf sod dibaca dengan huruf sod
Qunbul
7
Huruf sod dibaca dengan huruf sin
Al-Bazzi dan Qunbul
7
Dibaca dengan silah mim jama’ dengan kadar 2 harakat عَلَيهِمُ,))
Abu ‘Amru bin       al-‘Ala’
Al-Susi
3
·         Mengidghamkan huruf mim pertama kedalam huruf mim yang kedua bersama dengung dua harakat
·         Menghazafkan bacaan huruf alif selepas huruf mim yang kedua
Al-Duuri
3
·         Mengizharkan bacaan mim yang pertama dengan baris kasrah
·         Menghazafkan bacaan huruf alif selepas huruf mim yang kedua
Al-Duuri dan       Al-Suusi
6
Huruf sod dibaca dengan huruf sod
Al-Duuri dan       Al-Suusi
7
Huruf sod dibaca dengan huruf sod
Al-Duuri dan       Al-Suusi
7
Dibaca dengan sukun mim jama’
Ibnu ‘Amir al-Dimasyqi
Hisyam dan Ibnu Zakwan
3
·         Mengizharkan bacaan mim yang pertama dengan baris kasrah
·         Menghazafkan bacaan huruf alif selepas huruf mim yang kedua
Hisyam dan Ibnu Zakwan
6
Huruf sod dibaca dengan huruf sod
Hisyam dan Ibnu Zakwan
7
Huruf sod dibaca dengan huruf sod
Hisyam dan Ibnu Zakwan
7
Dibaca dengan sukun mim jama’
‘Asim    al-Kufi
(bacaan kebiasaan bagi orang Malaysia)
Syu’bah dan Hafs
3
·         Mengizharkan bacaan mim yang pertama dengan baris kasrah
·         Membaca dengan Alif selepas mim yang ke dua
Syu’bah dan Hafs
6
Huruf sod dibaca dengan huruf sod
Syu’bah dan Hafs
7
Huruf sod dibaca dengan huruf sod
Syu’bah dan Hafs
7
Dibaca dengan sukun mim jama’
Hamzah al-Kufi
Khollaf dan Khollad
3
·         Mengizharkan bacaan mim yang pertama dengan baris kasrah
·         Menghazafkan bacaan huruf alif selepas huruf mim yang kedua
Khollaf dan Khollad
6
Huruf sod dibaca dengan huruf Zai yang di isymamkan
Khollad
7
Membaca huruf sod dengan huruf sod
Khollaf
7
Huruf sod dibaca dengan huruf Zai yang di isymamkan
Khollaf dan Khollad
7
Dibaca dengan dhommah ha' عَلَيهُم))
Kisa’e al-Kufi
Abu Harith dan Al-Duuri
3
·         Mengizharkan bacaan mim yang pertama dengan baris kasrah
·         Membaca dengan Alif selepas mim yang ke dua
Abu Harith dan Al-Duri
6
Huruf sod dibaca dengan huruf sod
Abu Harith dan Al-Duri
7
Huruf sod dibaca dengan huruf sod
Abu Harith dan Al-Duri
7
Dibaca dengan sukun mim jama’


Ini adalah contoh 10 bacaan qiraat yang dibaca oleh Syiekh Misyari Al-Afasy





Thursday, August 25, 2011

KHILAF FARSY DAN USUL DALAM SURAH ASY-SYAMS HINGGA SURAH AL-BAYYINAH


Ini adalah video yang menerangkan mengenai cara-cara bacaan imam qiraat tujuh yang terdapat dalam surah al-Syams hingga Surah al-Bayyinah. Bagi mendapatkan bacaan yang betul dan tepat, sila rujuk kepada guru yang mahir dengan ilmu qiraat secara talaqi dan bermusyafahah. Video ini adalah hanya sebagai panduan dan rujukan sahaja.

~ Terima Kasih kepada kak raudha, kerana menyumbang bahan, untuk dipost ~
Semoga ilmu yang dikongsikan ini mendapat manfaat untuk semua...

Monday, August 15, 2011

Kesalahan - kesalahan dalam bacaan al-qur'an

a.       KESALAHAN جالي (NYATA)
è Kesalahan mengenai lafaz, sama ada berubah makna atau tidak
è Hukum : haram

1.       Menukar suatu huruf kepada huruf yang lain
Cth: huruf Qaf kepada Kaf pada kalimah ( لِلمُتَّقِينَ )
2.       Mematikan huruf yang berbaris
3.       Membariskan huruf yang mati
4.       Memanjangkan harakat sesuatu huruf
5.       Menghazafkan huruf mad
6.       Meringankan bacaan sabdu pada huruf yang bersabdu
7.       Menambah tasydid di huruf yang tidak bertasydid
8.       Menukarkan sesuatu baris kepada baris yang lain atau mematikannya
Cth: kalimah (  يُوقِنُونَ) apabila disambungkan dengan kalimah (أُوْلَئِكَ  )
9.       Menambah sesuatu huruf
Cth : menambah huruf waw pada kalimah (أُوْلَئِكَ  ) atau huruf alif pada kalimah ( لَكِنَّاْ هُوَ  )
10.   Menghazaf sesuatu huruf
Cth : mengurang huruf Ra’ ketika waqaf ( وَٱلعَصر  )
11.   Meletakkan idgham pada huruf lam disebahagian huruf qamariyah

b.      KESALAHAN خافي (TERSEMBUNYI)
è Kesalahan yang tiada kaitan dengan lafaz bacaan tetapi hanya berkaitan dengan kaedah atau cara bacaan sahaja.
è Hukum : makruh

1.     Tidak dapat membaca sesuatu mad dengan kadar panjang yang betul
Cth: mad wajib Muttasil pada kalimah (سَوَآء )
2.     Tidak membaca sesuatu kadar mad itu dengan cara yang sama
Cth: Mad ‘Aridh lis Sukun yang kadang-kadang dibaca dengan kadar 2 harakat, 4 harakat atau 6 harakat.
3.     Meninggalkan dengung pada hukum – hukum tertentu
Cth: idgham ma’al ghunnah (قَولٌ مَعرُوف ), ikhfa’ (َيُنفِقُون ), dan sebagainya
4.     Membaca ghunnah pada hukum izhar
Cth: (إِن خِفتُم )
5.  Menipiskan huruf-huruf yng perlu dibaca dengan tebal selagimana huruf tersebut tidak bertukar kepada huruf yang lain.
Cth: Huruf kha’ pada kalimah (يُخَدِعُونَ )
6.   Menebalkan huruf-hurufyang perlu dibaca dengan nipis selagimana huruf tersebut tidak bertukar kepada hurf yang lain.
Cth : Huruf Ra’ pada kalimah ( فِرعَونَ)
7.    Tidak menyebut sesuatu huruf dengan makhrajnya yang betul selagimana huruf tersebut tetap tidak bertukar kepada huruf lain.
Cth: Huruf ‘Ain pada kalimah (يَعلَمُونَ  )
8.     Tidak mendatangkan sesuatu huruf itu dengan sebahagian sifatnya selagimana huruf tersebut tidak bertukar kepada huruf yang lain.
Cth: sifat qalqalah huruf qaf pada kalimah (  ٱلفَلَق)
9.       Menambahkan sifat tertentu pada huruf
Cth: sifat qalqalah huruf Dhad pada kaliamah (فَضلِ  )

Tuesday, February 8, 2011

5 KALIMAH ISTIMEWA BAGI HAMZAH WASOL


Hamzah wasal ialah huruf hamzah tambahan yang terdapat pada awal kalimah, dan ianya hanya dibaca ketika di permulaan bacaan { ﭐلحمد لله } dan dihazafkan bacaan (tidak dibaca) ketika wasal (bersambung) { قل ﭐلحمد لله }. Ianya dinamakan hamzah wasal kerana para qurra’ akan membaca dengan menyambungkan bacaan terus kepada huruf yang mati ketika bacaan bersambung (wasal) tanpa melafazkan huruf hamzah wasal tersebut.  Simbol hamzah wasal ialah terdapat kepala sod di atas huruf alif (  ).
Hamzah qoto’ pula ialah huruf hamzah yang kekal samaada ketika wasal ( bersambung) atau bada’ (bermula).  Simbol hamzah qoto’ ialah terdapat huruf hamzah diatas alif ( أ ).
Terdapat dua keadaan hamzah wasal.
1.     1.  Hamzah wasal yang terdapat pada kata nama ( الأسماء ).
2.     2.   Hamzah wasal yang terdapat pada kata perbuatan (فعل ).

1. Hamzah wasal yang terdapat pada kata nama ( الأسماء ).
   Keadaan ini terbahagi kepada tiga jenis.
i.   Lam ma’rifah atau lam ta’rif
ii.  Masdar tanpa lam ma’rifah
iii. Kata nama sima’iyyah mahfuzoh

   i.              Lam ma’rifah atau lam ta’rif
Apabila hamzah wasal bertemu dengan lam ma’rifah atau lam ta’rif, huruf hamzah wasal tersebut dibaca dengan fathah ketika memulakan bacaan. Dan bacaan hamzah wasal akan dihazafkan ketika bersambungnya bacaan kalimah tersebut dengan kalimah sebelumnya.
Contohnya:  ( ﭐلتَّآئِبُونَ ﭐلعَبِدُونَ ﭐلحَمِدُونَ)
  
  ii.             Masdar tanpa lam ma’rifah
Ianya terdiri daripada masdar bagi fi’el madhi khumasi (lima huruf) dan sudasi ( enam huruf). Hukum bacaan hamzah ketika memulakan bacaan ialah berbaris di bawah. Hamzah wasal ini dibaca dengan baris bawah juga kerana huruf ketiga berbaris bawah.
Contoh : { ﭐفتِراء ، ختِلاف ، ستِكبارا ، ستِغفارا }
  
  iii.            Kata nama sima’iyyah mahfuzoh
Terdapat 7 asma’ sima’iyyah mahfuzoh. Semua kalimah ini apabila dimulakan bacaan dengannya dibaca dengan baris kasrah, dan apabila wasal dengan perkataan sebelumnya, huruf hamzah ini akan dihazafkan. Asma’ kalimah itu ialah…
 {  بن ، بنة ، مرؤ ، ثنين ، ثنتين ، مرأة ، سم}.
Peringatan :
Pada kalimah الاسم  dalam surah al-hujurat ayat 11:(( بِئسَ لاِسمُ لفُسُوقُ بَعدَ لإِيمَان )), Terdapat dua wajah bacaan jika dimulakan bacaan dengan kalimah الاسم.
a.     a)   أَلِسم (menegekalkan hamzah yang berbaris fathah)
b.    b)  لِسم (menghazafkan bacaan hamzah wasal)
Bacaan pertama (a) adalah aula( lebih utama).
Huruf lam dikasrahkan adalah kerana untuk meringankan bacaan apabila bertemunya dua huruf yang sukun(mati) dalam satu kalimah.


2.             Hamzah wasal yang terdapat pada kata perbuatan (فعل ).
 
Adapun pada kalimah fi’el, hamzah wasal hanya akan terletak pada fi’el madhi atau amar sahaja. Hamzah wasal tidak akan wujud pada fi’el mudhori’, kerana pada fi’el mudhori’ hanya akan terdapat hamzah qoto’.  Hamzah wasal ini juga hanya terdapat pada kalimah fi’el thulasi (tiga huruf), khumasi (lima huruf), dan sudasi (enam huruf).  Hamzah wasal ini tidak akan terdapat pada fi’el ruba’e (empat huruf).
 
                Ketika memulakan bacaan, baris hamzah wasal apabila terdapat pada kalimah fi’el, adalah berbaris  dhommah atau kasrah. Hamzah wasal akan dibaca dengan kasrah (baris bawah) apabila huruf ketiga berbaris kasrah asli atau fathah. Contohnya : {  ﭐهدِنا ، ﭐصبِر ، ﭐنقَلبوا ، ﭐرضَى }. Jika huruf ketiga adalah baris dhommah yang mendatang, ianya tidak di kira, kerana baris untuk hamzah wasal hanya di rujuk kepada huruf ketiga yang berbaris asli bukan baris yang mendatang.
 
                Disini terdapat 5 kalimah yang istimewa. Secara zahirnya kita akan nampak kalimah ini huruf ketiganya adalah berbaris dhommah. Tetapi sebenarnya, pada kalimah asal bagi kalimah-kalimah tersebut adalah berbaris kasrah. Kalimah tersebut ialah { ﭐبنُوا ، ﭐقضُوا ، ﭐمضُوا ، ﭐمشُوا ، ﭐئتُوا}. Bagi lima kalimah ini, tidak dilihat kepada huruf ketiga yang berbaris dhommah, kerana baris dhommah yang terdapat pada huruf tersebut adalah merupakan baris yang mendatang. Oleh itu, kita hendaklah merujuk kepada baris pada kalimah asal.  Baris asal pada kalimah tersebut ialah kasrah. Kalimah-kalimah tersebut berasal dari kalimah-kalimah yang berikut :
 { ﭐبنِ ، ﭐقضِ ، ﭐمضِ ، ﭐمشِ ، ﭐئتِ }
 
            Apabila huruf ketiga pada kalimah fi’el berbaris dhommah (depan) yang asli, maka hamzah wasal juga akan berbaris dhommah. Contoh yang terdapat pada fi’el madhi : { ﭐستُحفِظُوا ، ﭐبتُلِي ، ﭐجتُثَّت } . manakala contoh yang terdapat pada fi’el amar pula ialah : { ﭐدع ، ﭐخرجوا، اسجدوا }.

                *Sedikit penambahan, ketika memulakan bacaan, apabila hamzah wasal bertemu dengan huruf hamzah, hendaklah dibaca dengan mad badal. Contohnya dalam surah al-ahqaf ayat kedua, apada kalimah ﭐئتُواني ,  hendaklah dibaca dengan  إِيتُواني. Ataupun sebagai contoh lain pada kalimah ﭐؤتُمِنَ, dibaca dengan أُوتُمِنَ, jika kita memulakan bacaaan padanya. Sekiranya kita tidak memulakan bacaan pada kalimah ini, kita hendaklah membaca dengan cara mematikan huruf hamzah dan menghazafkan hamzah wasal tersebut.


       Kesimpulan mudah yang dapat ana buat ialah, apabila hamzah wasal bertemu dengan lam ma’rifah ( ال ) hazah wasal hendaklah sentiasa berbaris fathah ketika memulakan bacaan. Contohnya : { ﭐلعَبِدُونَ}. Apabila hamzah wasal bertemu dengan selain dari lam ma’rifah, hendaklah dilihat pada huruf yang ketiga ketika hendak memulakan bacaan berdasarkan cara yang telah dihuraikan di atas. Jika huruf ketiga berbaris fathah atau kasrah yang asli hendaklah dibaca dengan kasrah dan jika huruf ketiga berbaris dhommah yang asli, hendaklah dibaca dengan dhommah.


Wallahua’lam…


Sumber rujukan :
1.      1.  Al-wadhih ahkam al-tajwid ( oleh : Dr. Muhammad ‘isom Muflih al-qodhoh)
2.      2.  Al-munir fi ahkam al-tajwid ( oleh : lujnah tilawah jam’iyyah muhafazah ‘ala al-qur’an al-kareem)
3.      3.  Kelas al-Qur’an jam’iyyah muhafazah ‘ala al-qur’an al-kareem, ummu hammath, karak, Jordan.

Tuesday, January 11, 2011

Biodata Imam Syatibi r.a

Nama sebenar beliau adalah al-Qasim bin Firruh bin Ahmad bin Khalaf bin Abu Qasim Muhammad al-Syatibiy al-Ru’ainiy al-Andalusiy al-Dhorir dan beliau bermazhab Syafi’ei. Dilahirkan dalam keadaan buta pada akhir tahun 538 hijrah di Andalus (Sepanyol) disebuah perkampungan yang bernama Syatibah (sekarang dalam daerah Barcelona). Di Syatibah beliau mempelajari al-Qur’an dan Qiraat daripada gurunya Abi Abdullah Muhammad bin Abi al-‘As al-Nafari. Kemudian beliau merantau ke Balansiah iaitu satu perkampungan yang berhampiran dengan Syatibah dan berguru dengan Ibn Huzail. Beliau mempelajari ilmu Qiraat dan telah menghafal kitab al-Taisir karangan Imam Abu ‘Amru al-Dani dan juga mempelajari ilmu hadith. Beliau juga telah mempelajari ilmu Qiraat dari Syeikh Abi Tohir al-Salafi di Iskandariah, Mesir. Apabila beliau beliau sampai ke Mesir, beliau telah diberi penghormatan yang tinggi oleh ulama’-ulama’ di Mesir dan sekali gus dilantik sebagai ketua lujnah al-Qur’an oleh raja Mesir pada ketika itu. Imam Abu Syaamah al-Dimasyqiy mencipta sepotong syair yang menggambarkan betapa tingginya penghormatan ulama’-ulama’ Mesir terhadap Imam Syatibiy yang berbunyi:


أيت جماعة فضلاء فازوا * برؤية شيخ مصر الشاطبي وكلهم يعظمه ويثنى * كتعظيم الصحابة للنبي}

Bermaksud: Aku melihat sekumpulan ulama’ yang bergembira dengan munculnya Imam al-Syatibiy, Dan kesemuanya membesar dan memuji beliau seakan-akan para sahabat memuji nabi. Masyarakat Mesir pada ketika itu berlumba-lumba untuk mempelajari al-Qur’an daripadanya. Kebiasaanya beliau memulakan pengajaran selepas solat subuh dan sentiasa mendahulukan murid-muridnya yang datang awal dengan berkata “ sesiapa yang datang awal, hendaklah dia yang baca dulu” .



Pernah berlaku, seorang anak muridnya yang selalu datang awal tidak dibenarkan membaca dahulu tanpa diberitahu sebabnya dan disuruh pula murid yang datang selepasnya membaca dahulu. Berfikirlah anak murid yang selalu datang awal itu seketika tentang perkara tersebut lalu tiba-tiba beliau menyedari bahawa beliau masih dalam keadaan junub. Lalu bergegaslah beliau untuk membersihkan diri (mengangkat hadas besar) dan sekembalinya beliau ke tempat pengajian, didapati murid yang kedua tadi masih belum selesai membaca dan ketika itu jugalah Imam al-Syatibiy serta-merta memberhentikan murid keduanya dan terus berkata “sesiapa yang datang awal, hendaklah dia yang baca dulu”.



Di antara kehebatan beliau ialah dapat mendengar azan yang menunjukkan masuk waktu solat tanpa diazankan. Beliau tidak bercakap kecuali apa yang dirasakan perlu dan hanya hadir mendengar bacaan murid-muridnya dalam keadaan berwuduk. Apabila ditanya tentang hal keadaannya beliau akan hanya menjawab dengan katanya: “sihat” walaupun pernah menderita kesakitan tetapi tidak pernah menzahirkannya. Beliau juga mempunyai keperibadian dan akhlak yang tinggi selain daripada ingatan yang kuat dan akal yang tajam. Tidak memandang dunia dan takut pada hukum Allah. Walaupun beliau bukan bangsa arab, tetapi pengetahuannya dalam bidang ilmu-ilmu Islam serta bahasa arab cukup dalam dan luas. Beliau juga tidak segan silu berpolitik dalam memastikan hukum Allah tertegak di muka bumi ini.



Hirzu al-Amaani wa Wajhu al-Tahaani adalah antara kitab yang dikarangnya yang memuatkan pelbagai nasihat dan saranan kepada pencinta ilmu qiraat didalam bab muqaddimah antaranya,



{ وهذا زمان الصبر من لك بالتي * كقبض على جمر فتنجوا من البلا}



Maksudnya: Zaman ini zaman yang penuh kesabaran dan sesiapa yang berpegang kepada Islam yang sebenar diibaratkan seperti berpegang pada bara api dan mereka ini akan selamat daripada malapetaka. Berkenaan dengan kitab ini, Al-Tobari meriwayatkan, Imam al-Syatibiy pernah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dan Baginda membaca kitab tersebut lalu bersabda “Kitab ini mempunyai keberkatan, barang siapa yang menghafalnya akan dimasukkan ke syurga”.



Beliau meninggal dunia setelah berusia 52 tahun pada hari ahad selepas asar, 28 Jamadil Akhir tahun 590 Hijrah dan dikebumikan pada hari Isnin di atas Jabal Muqattam, Mesir. Begitulah secara ringkasnya sejarah kehidupan Imam al-Syatibiy yang masih ramai tidak mengetahuinya lagi termasuklah pelajar-pelajar dalam bidang qiraat. Imam al-Syatibiy membawa contoh model pendukung ilmu qiraat yang sebenar.



Dalam keadaan beliau yang buta, bukan sahaja hebat dalam bidangnya tetapi sentiasa tegas dalam perkara yang melibatkan hukum Allah. Semoga semua pencinta ilmu qiraat dapat mempersembahkan ilmu ini sepertimana yang dipersembahkan oleh Imam al-Syatibiy bagi mengikis tanggapan bahawa orang qiraat ini hanya tahu membaca al-Qur’an sahaja dan lesu, senyap dan bisu dalam menegakkan kalimah Allah bila balik ke Malaysia nanti . Semoga kekentalan dan semangat tinggi Imam yang pernah bekerja-sama dengan Salahuddin al-Ayubbi ini dapat kita selami dan seterusnya menjadikan ilmu ini sebagai salah satu alternatif dalam mengembalikan masyarakat ke jalan yang benar.