Thursday, May 6, 2010

Hubungan antara al-Qur'an dan al-Qiraat...

Menurut pendapat al-Imam al-Zarkasyi, dalam kitabnya al-Burhan, al-Qur'an dan al-Qiraat merupakan dua hakikat yang berbeza. Al-Qur'an ialah wahyu yang diturunkan keatas nabi s.a.w. sebagai keterangan dan mukjizat. Adapun, qiraat pula ialah perbezaan yang terdapat pada lafaz-lafaz wahyu yang terdapat pada huruf, dan cara membacanya. Terdapat sebahagian ulama' yang bersependapat dengan pendapat ini, iaitu al-Qisthilani dan Syiekh Ahmad bin Muhammad al-Dimyathi.


Manakala menurut pendapat ulama' al-Azhar, Dr. Muhammad Salim Muhaisin pula, al-Qur'an dan al-Qiraat merupakan dua hakikat yang membawa pengertian yang sama, berdasarkan pengertian al-Qur'an yang merupakan masdar dari perkataan قراءة dan Qiraat merupakan jama' bagi perkataan قراءة. Maka keduanya mempunyai makna yang satu.


Dr Sya’bān pula berpendapat, tidak berlaku antara al-Qur’an dan qiraāt perbezaan yang sepenuhnya, kerana qiraāt sahīh yang dibaca oleh orang ramai adalah sebahagian dari al-Qur’an, dan keduanya tidak mempunyai perbezaan yang jauh, iaitu;

  1. Kerana qiraāt yang terdapat khilāf padanya tidak terdapat pada seluruh kalimah al-Qur’an, bahkan hanya terdapat pada sebahagian lafaz sahaja. 
  2. Pengertian qiraāt merangkumi qiraāt yang mutawātir yang sah bacaan al-Qur’an dengannya sepertimana merangkumi qiraāt syāzah, yang ijma’ ulama’ bersepakat bahawa tidah sah bacaan al-Qur’an dengannya.  

Maka, kedudukan Al-Qur’an dan qiraāt tidaklah mempunyai perbezaan yang sepenuhnya, sepertimana kedua-duanya tidak jauh dari kesatuan hakikat, bahkan antara kedua-duanya terdapat perkaitan yang sangat rapat.

  
(Sumber: kitab Mulkhis Fi Ilmi al-Qiraat, oleh: Dr Abdul Rahman bin Abdul Ghani)

3 comments:

  1. Assalamualaikum sya minta kebenaran ambil teks ini utk rujukan

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sya minta kebenaran ambil teks ini utk rujukan

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Saya minta kebenaran ambil teks ini untuk rujukan. Barakallahu fik

    ReplyDelete