Thursday, May 13, 2010

ISTILAH-ISTILAH PENTING DALAM QIRAĀT

Dalam ilmu qiraat, terdapat perkara ketetapan dan kaedah –kaedah yang berkaitan dengan pembacaan Al-Qur’an sebagaimana yang terdapat dalam ilmu tajwid. Maka selain daripada istilah dan kaedah yang terdapat dalam ilmu tajwid, terdapat beberapa istilah yang lain yang terdapat dalam ilmu qiraāt, seperti mad, tawassut, qasr, isymam, taghliz, naqal, dan lain-lain lagi. Berikut akan diterangkan beberapa istilah penting yang terdapat dalam ilmu qiraat;


Mad
Iaitu memanjangkan bacaan sesuatu kalimah. Jika dalam kalimah itu terdapat salah satu huruf mad yang tiga (alif, waw, ya’), maka kadar panjang bacaannya ialah tiga alif atau enam harakat.

Tawassut
Iaitu bacaan huruf hamzah yang diiringi oleh huruf mad, maka kadar panjangnya ialah dua alif iaitu empat harakat.

Qasr
Iaitu bacaan huruf hamzah yang diiringi oleh huruf mad, maka kadar panjang bacaannya ialah satu alif atau dua harakat.

Isymam
Iaitu memuncungkan dua bibir ke hadapan sejurus selepas mematikan huruf sebagai isyarat baris dhommah.

Taghliz
Iaitu menebalkan bunyi huruf lam yang berbaris fathah sama ada bersabdu atau tidak, ketika huruf lam terletak di tengah atau di hujung, dengan syarat apabila didahului dengan huruf ص,ط ,atau ظ yang berbaris fathah atau sukun seperti أظلم ، الطلاق، الصلاة . Maka huruf lam pada kalimah – kalimah yang disebutkan tadi dibaca dengan tebal seperti bunyi antara baris fathah dan dhommah.

Naqal
Iaitu membariskan setiap huruf yang mati yang terletak di akhir kalimah dengan baris huruf hamzah yang terletak selepasnya sama ada berbaris fathah, kasrah atau dhommah, dan menghazafkan huruf hamzah itu selepas dipindahkan barisnya kepada huruf yang sebelumnya.

Imalah
Bermaksud condong, iaitu mencondongkan atau mengerengkan bacaan alif sebagai huruf mad sehingga berbunyi baris fathah dan berbaris kasrah.

Saktah
Iaitu menghentikan bacaan sekejap tanpa bernafas dan menyambung bacaan dengan nafas yang sama.

Tashil
Bermaksud memudahkan, iaitu membunyikan suatu bunyi antara bunyian huruf hamzah dan alif.

Raum/ ikhtilas
Iaitu melemahkan suara dengan harakat huruf yang dibentuk denganya dalam keadaan sambung ketika waqaf sehingga hilang kebanyakkan suaranya (harakat).

Ibdal
Iaitu pertukaran huruf dengan huruf.

29 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Lu buat blog ni nak tunjuk hebat ka? baik lu lanja ustaz husni pegi mekkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf... Saya hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu yang telah dipelajari daripada guru-guruku dan beberapa kitab yang dikaji dan dipelajari.
      jika ada kekurangan salah atau silap harap dapat dikongsikan bersama agar sama-sama dapat memperbaiki dan menampung kekurangan.
      Tiada insan yang sempurna melainkan Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam.
      wallahua'lam...

      Delete
  3. Subhanallah..MashaAllah...
    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”
    (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

    Dari Abu Bakar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
    "Jadilah kamu seorang yang alim, atau orang yang belajar ilmu agama, atau orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti, atau menjadi orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan jangan kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu membenci ilmu dan ahli ilmu".
    (HR Tabrani)

    Beliau hanya sekadar berkongsi ilmu. Bukannya nak tunjuk hebat.

    ReplyDelete
  4. terima kasih, ilmu yang diajar amat bermanfaat buat saya. alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. SALAM, TKASIH BYK2 MOHON COPY BAHAN
    خيركم من تعلم القران وعلمه

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas ilmu yg telah dikongsikan.. :)

    ReplyDelete
  7. muhammad hazim bin abdul rahmanMay 2, 2017 at 3:52 PM

    minta nak belajar boleh tak? kalau x bagi saya tak tahu qiraat

    ReplyDelete
  8. Wah Menakjubkan...SUBHANALLAH

    ReplyDelete
  9. muhammad iskandar hakimiMay 2, 2017 at 3:58 PM

    terima kasih atas ilmu yang diberikan.

    ReplyDelete
  10. SALINNNN riezzalMay 2, 2017 at 3:59 PM

    wow!!sgt bermanfaat

    ReplyDelete
  11. saya suka awak punya blog ni.

    ReplyDelete
  12. Amirul Anuar / MiexroulMay 2, 2017 at 4:00 PM

    Terima Kasih...atas pencerahan yang diberikan...(^-^)

    ReplyDelete
  13. blog ini sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  14. saya sgt menyukai blog ini..

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. muhammad rino frawidya bin suheriMay 2, 2017 at 4:21 PM

      tak baik cakap orang macam tu kau punya pahala dah bnyak ke

      Delete
  16. Replies
    1. untunglah pahala banyak sangat

      Delete
    2. dh2 lah tu..kita ni bukan banyak ilmu sgt..jdi kita x berhak nk menghambarkan org..kita sama2 blajar ok??

      Delete
  17. dengar cite azim zufayri wakil sekolah dalam tarannum

    ReplyDelete
    Replies
    1. betulla dia sampai peringkat antarabangsa

      Delete